Life's Too Short
Grab a Funny Picture from pYzam.com

Sunday, April 25, 2010

Sunnah orang berjuang..

Berjuang menempah susah
Menanggung derita menongkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid membela taufiq
Dipisah dia berkelana
Dibelenggu dia uzlah mula dibina
Namun jiwa tetap marak memburu cinta
Membara demi Allah & Rasulnya
Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang,resah silih berganti
Inilah sunnah...orang berjuang...
Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa air mata
Siangnya bagaikan singa di rimba
Memerah keringat mencurah tenaga
Itulah sunnah..berjuang..ke jalan..Allah..
Berjuang memang pahit
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih
Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerana kebenaran
Antara dua jadi pilihan
Dunia yang fana atau SYURGA...

1 comment:

  1. Alhamdullillah syukur along dh mengenal erti kehidupan, abah bangga dn sentiasa mendoakn. Andainya kita ikhlas dlm apa jua yg kita lakukn demi utk kebaikan kebahagiaan, kejayaan akan sentiasa d samping kita.
    KEJAYAAN D DUNIA KECEMERLANGAN D AKHIRAT

    ReplyDelete